Soon Huat-Shevon enggan dibebani tiket WTF

Soon Huat-Shevon enggan dibebani tiket WTF

GOH Soon Huat-Shevon Jemie Lai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai enggan membiarkan peluang memburu tiket ke Jelajah Dunia Akhir (WTF) BWF menjadi beban ketika mereka kini hanya selangkah lagi untuk menghidupkan impian beraksi dalam kejohanan penutup musim itu, bulan depan.

Beregu campuran ke-13 dunia itu terus mengekalkan momentum apabila mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan pasangan No. 5 dunia, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui dari China 21-15, 21-15 pada suku akhir di Arena Kai Tai, semalam.

Kemenangan dalam tempoh 33 minit itu menyaksikan Soon Huat-Shevon mengatasi pasangan yang pernah menewaskan mereka dalam dua pertemuan terdahulu, sekali gus membuka laluan untuk terus mengintai peluang terakhir mengumpul mata penting bagi memburu slot ke WTF di Hangzhou, China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Soon Huat berkata, fokus mereka ketika ini hanya di gelanggang Terbuka Hong Kong bagi memberikan perhatian sepenuhnya kepada perlawanan yang sedang berlangsung, bukannya memikirkan kedudukan atau peluang ke WTF

“Sekarang kita hanya fikir dalam gelanggang, saya seboleh mungkin tak mahu fikir (layak ke Hangzhou). Hanya fikir kepada perlawanan pada ketika ini,” katanya sewaktu ditemu bual wakil BWF, semalam.

Ketika ditanya pula mengenai kejayaan sulung ke atas Xin Wa-Fang Hui, Soon Huat memberitahu, mereka memanfaatkan keadaan gelanggang dengan lebih baik, selain meningkatkan konsisten permainan bagi memastikan lawan tidak mudah menguasai rentak perlawanan.

Bagaimanapun, jelasnya, laluan ke final tidak mudah apabila mereka bakal berdepan pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang terkenal dengan aksi konsisten.

“Segala-galanya boleh berlaku. Kami akan membuat persiapan sendiri dan memastikan mentaliti berada pada tahap terbaik. Tidak kira siapa lawan kami…kami mahu mengambil peluang ini,” ujarnya.

Sementara itu, Shevon pula berkata, keadaan angin dan kelajuan bulu tangkis di gelanggang kali ini memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih banyak mengambil inisiatif menyerang, sekali gus mengawal tempo permainan.

“Kami berasakan keadaan angin memberi sedikit kelebihan kerana bulu tangkis bergerak agak laju. Jadi, kami berjaya menyerang lebih banyak dan mengawal tempo permainan,” katanya.

Bercakap tentang aksi separuh akhir, hari ini Shevon mengakui, mereka perlu memberikan lebih daripada kemampuan biasa jika mahu menumbangkan jaguh China itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini