"Tunggu Ahad" –Undang Luak Rembau

“Tunggu Ahad” –Undang Luak Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Tunggu Ahad.”

Demikian reaksi ringkas Undang Luak Rembau, Datuk Hassan Ab Hamid ketika ditanya petugas media berkenaan perkembangan kemelut politik Negeri Sembilan selepas dilihat meninggalkan Istana Hinggap, di sini hari ini.

Hassan yang tiba di Istana Hinggap pada pukul 9.42 pagi meninggalkan premis berkenaan kira-kira pukul 11.24 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Muhammad Faris Johari dilihat meninggalkan Istana Hinggap pada pukul 11.19 pagi, diikuti Undang Luak Jelebu yang tidak dipertikai, Datuk Azrin Khairi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim masih belum kelihatan meninggalkan Istana Hinggap sehingga pukul 11.40 pagi tadi.

Petugas media bagaimanapun masih menunggu di hadapan Istana Hinggap bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung pertemuan berkenaan.

Hari ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tiba sekitar pukul 10.20 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pertemuan tersebut dipercayai bagi membincangkan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri besar pada Isnin lalu.

Selain isu tersebut, turut akan dibincangkan adalah keperluan untuk mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 pada Khamis depan.

Berita lanjut menyusul.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini