Pahang terima RM2.1 juta laksana pembangunan bandar pintar

Pahang terima RM2.1 juta laksana pembangunan bandar pintar

WAN Rosdy Wan Ismail (empat dari kiri) melancarkan Blueprint Smart City Negeri Pahang 2026 di Dewan Kompleks Bandaraya, Kuantan, Pahang hari ini.-UTUSAN/Shaikh Ahmad Razif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang menerima peruntukan RM2.1 juta daripada PLANMalaysia bagi memperkukuh pelaksanaan pembangunan bandar pintar khususnya membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih belum memperoleh pengiktirafan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin menerusi perancangan yang akan diteliti kerajaan negeri mengikut keperluan dan kesesuaian pelaksanaan.

Menurutnya, daripada keseluruhan 11 PBT di negeri ini, lapan sudah memperoleh pengiktirafan Bandar Pintar (Smart City) manakala usaha sedang dipergiat bagi memastikan baki PBT turut mencapai pengiktirafan sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada 11 PBT, lapan telah dinobatkan sebagai Smart City dan tiga lagi, insya-Allah, kita akan usaha yang terbaik.

“Kita akan kaji penggunaan peruntukan RM2.1 juta itu dan menggunakannya sebaik mungkin untuk membantu usaha berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pahang Smart City 2026 di Dewan Kompleks Bandaraya, di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri turut menyasarkan baki PBT yang belum memperoleh pengiktirafan itu dapat melengkapkan usaha berkenaan pada tahun hadapan selain mengambil langkah mempercepatkan pelaksanaan inisiatif bandar pintar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pelancaran Blueprint Smart City Negeri Pahang 2040 menjadi langkah penting dalam menetapkan hala tuju pembangunan bandar pintar di negeri ini menerusi aspirasi Pahang Pintar, Makmur dan Lestari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini