Lelaki ditembak mati di Chow Kit aktif samun sejak Mei lalu

Lelaki ditembak mati di Chow Kit aktif samun sejak Mei lalu

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Chow Kit, di sini, awal pagi semalam dipercayai aktif melakukan jenayah samun sejak awal Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu turut dikesan menggunakan sebuah teksi yang dilarikan di Gombak, pada Oktober lalu.

Katanya, suspek bertindak menyamun penumpang wanita warga asing dan lelaki warga emas dengan teksi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, polis masih mendalami kes berkenaan bagi mengesan suspek-suspek lain yang bersubahat dengan suspek utama yang ditembak mati semalam.

“Kami percaya suspek ini turut menggunakan kenderaan lain untuk melakukan jenayah samun namun siasatan terperinci masih dilakukan,”katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Pelupusan Barang Kes di sini hari ini.

Katanya, plis kini giat mengesan rangkaian atau individu yang turut bersekongkol dengan suspek utama ini.

Fadil berkata, ada sembilan kes samun yang positif dikaitkan dengan suspek selepas mangsa sendiri dapat mengecamnya.

“Ini adalah satu perkara positif yang dikaitkan dengan suspek sebelum langkah serbuan untuk memberkas suspek dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Bukit Aman, semalam,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini