Khidmat Wan Ahmad Dahlan beri impak kecekapan pentadbiran - PM

Khidmat Wan Ahmad Dahlan beri impak kecekapan pentadbiran – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khidmat bakti dan sumbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sepanjang menerajui pentadbiran awam negara disifatkan sebagai usaha berterusan dalam memartabatkan profesionalisme sektor berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen tinggi yang ditunjukkan Wan Ahmad Dahlan dalam memperkukuh sistem penyampaian kerajaan memberikan impak besar kepada kecekapan jentera pentadbiran.

Katanya, usaha Wan Ahmad Dahlan menggerakkan agenda reformasi perkhidmatan awam merupakan satu pencapaian yang wajar diberi pengiktirafan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penghargaan dan terima kasih dizahirkan kepada Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau kepada negara.

“Komitmen beliau dalam memperkukuh sistem penyampaian kerajaan, memartabatkan profesionalisme penjawat awam serta menggerakkan agenda reformasi perkhidmatan awam amat dihargai,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Wan Ahmad Dahlan bersara selepas 31 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan awam.

Beliau telah menerajui beberapa jawatan kanan kerajaan sepanjang perkhidmatan antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan KPPA.

Anwar berharap segala legasi dan sumbangan yang ditinggalkan oleh Wan Ahmad Dahlan akan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

“Saya mendoakan kesejahteraan serta kejayaan beliau dalam apa juga lapangan yang diceburi pada masa mendatang, insya-Allah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini