Pertumbuhan KDNK landasan tepat lepasi 5 peratus tiga tahun berturut-turut

Pertumbuhan KDNK landasan tepat lepasi 5 peratus tiga tahun berturut-turut

UiTM Holdings
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 dilihat membawa pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini kepada 5.6 peratus berbanding 4.8 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Prestasi itu sekali gus meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah proaktif Kerajaan Madani memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api susulan krisis Asia Barat membantu Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan berani kerajaan dalam menghadapi krisis Asia Barat yang didukung oleh reformasi
dilaksanakan di bawah Ekonomi Madani telah memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

“Walhasil, Malaysia berjaya mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini kendatipun dunia digasak pelbagai pancaroba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, namun, segala pencapaian ini tidak membawa erti sekiranya kekal alpa akan usaha menaikkan lantai demi kesejahteraan rakyat terbanyak.

“Melalui Belanjawan 2027, kerajaan memperkukuh bantuan, mengurangkan kadar cukai pendapatan individu bagi golongan layak serta menambah baik perkhidmatan awam.

“Kita tidak akan lelah memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup dan peluang yang lebih luas untuk rakyat,” jelasnya.

Dalam konteks ini, pertumbuhan menyeluruh itu disokong oleh permintaan domestik yang kekal berdaya tahan, dengan peningkatan 4.8 peratus.

Eksport melonjak 46 peratus pada suku ketiga tahun ini, dipacu oleh permintaan yang memberangsangkan terhadap produk elektrik dan elektronik (6.2 peratus) seiring dengan kitaran pertumbuhan industri teknologi global.

Pada September 2026, Malaysia mencatat nilai eksport bulanan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM215.1 bilion, sekali gus melepasi paras RM200 bilion buat pertama kali.

Kementerian Kewangan berkata, prestasi ekonomi yang kukuh ini turut diiringi perkembangan positif dalam pasaran buruh, dengan kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada September 2026, berbanding 3 peratus pada bulan yang sama tahun lalu.

Katanya, inflasi pula pada September 2026 pula kekal terkawal pada 1.8 peratus.

“Melangkah ke 2027, kerajaan kekal optimis terhadap prospek ekonomi negara, namun terus berwaspada terhadap ketegangan geopolitik dan risiko berkaitan iklim yang membayangi ekonomi global.

“Belanjawan 2027 meneruskan usaha Belanjawan Madani terdahulu untuk menaikkan siling melalui pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, peningkatan pelaburan dan pembangunan prasarana selain mengekalkan disiplin fiskal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini