Minta maaf tapi saya tidak suka orang buat tuduhan tanpa bukti - Nazrief Nazri - Utusan Malaysia

Minta maaf tapi saya tidak suka orang buat tuduhan tanpa bukti – Nazrief Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nazrief Nazri memohon maaf atas kecaman yang diterimanya susulan komen berhubung isu dakwaan gangguan seksual membabitkan pelakon, Zarif Ghazzi dan Puteri Balqis.

Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 35, berkata, dia mengakui penggunaan gelaran ‘bohsia’ ketika mengulas isu berkenaan tidak sepatutnya dilakukan, meskipun dia mempunyai pandangan sendiri mengenai perkara itu.

“Maaf atas pemilihan perkataan saya. Memang tidak patut saya panggil orang ’bohsia’. Saya akui silap saya. Tapi saya tidak suka orang buat tuduhan tanpa bukti, lebih-lebih lagi orang yang dituduh itu saya kenal dan tahu bagaimana peribadinya,” katanya menerusi satu balasan komen di Threads.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas pelakon Seribu Tahun Lagi itu, dia mahu melihat bagaimana isu berkenaan berakhir sebelum mengetahui siapa yang sebenarnya bersalah.

“Tidak mengapalah, kita lihat nanti siapa yang salah dan siapa yang betul. Saya okey sahaja untuk mengakui sekiranya saya bersalah. Saya tidak mempunyai masalah untuk mengakuinya,” katanya.

Terdahulu, Puteri Balqis mendakwa seorang pelakon lelaki sengaja bergesel dengannya ketika menjayakan babak lakonan bersama sehingga mendorongnya bertemu pengarah bagi meminta supaya babak bersentuhan dikurangkan.

Dakwaan itu turut mendapat perhatian beberapa rakan artis yang tampil mempertahankan Zarif, termasuk Nazrief yang sebelum ini mengeluarkan komen mengundang kecaman netizen.

Untuk rekod, Nazrief Nazri pernah bergandingan dengan pelakon baharu, Zarif Ghazzi, menerusi drama Seribu Tahun arahan Shahrulezad Mohameddin pada tahun 2025.

Dalam naskhah terbitan Radius One Sdn. Bhd. yang disiarkan di saluran Astro Ria itu, Nazrief memegang watak sebagai Dr. Zahar manakala Zarif membawakan peranan sebagai Dr. Fakhrul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini