Pochettino bawa sentuhan AS ke United

Pochettino bawa sentuhan AS ke United

MAURICIO POCHETTINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pengalaman dua tahun mengendalikan skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS) bakal menjadi senjata baharu Mauricio Pochettino dalam usaha membawa perubahan kepada Manchester United.

Bekas pengendali Tottenham Hotspur, Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) itu percaya tempoh bersama AS banyak mematangkan dirinya, terutama dalam aspek pengurusan pemain, persiapan taktikal dan keupayaan menyesuaikan pendekatan dalam masa terhad.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk beralih dengan pantas,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pochettino dijadual mengendalikan perlawanan suku akhir kedua Liga Negara-Negara CONCACAF menentang Haiti sebelum berlepas ke England.

Menurutnya, pengalaman mengendalikan pasukan kebangsaan yang mempunyai masa latihan terhad turut mengajarnya cara menyampaikan pendekatan permainan dan memberi kesan kepada pemain dalam tempoh singkat.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami banyak belajar tentang cara mendekati pemain dan memberikan impak, sama ada melalui satu sesi perjumpaan, latihan di padang mahupun pesanan ringkas,” katanya.

Dalam pada itu, Pochettino turut menyifatkan barisan kejurulatihannya kini lebih lengkap hasil pengalaman yang dikumpulkan sepanjang mengendalikan AS.

“Kami tidak mendakwa akan memenangi setiap perlawanan, tetapi saya percaya kami jauh lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Pochettino turut mendedahkan beliau tidak menolak kemungkinan mendapatkan khidmat pemain AS yang pernah dibimbingnya sekiranya terdapat peluang pada masa depan yang menyifatkan mereka memiliki bakat luar biasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini