Penantian 15 tahun berakhir, Achey, isteri bakal timang cahaya mata - Utusan Malaysia

Penantian 15 tahun berakhir, Achey, isteri bakal timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 15 tahun menanti dan tidak pernah berputus asa, pelawak, Achey dan isterinya, Anne mengumumkan mereka akhirnya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh isterinya menerusi hantaran di Instagram, selain berkongsi perjalanan mereka menantikan keputusan proses persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya buat kali kedua, sejak September lalu.

Menurut Anne, perjalanan selama 15 tahun itu bukan sesuatu yang mudah, namun dia dan suami tidak pernah berhenti berdoa serta meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap ketentuan Allah SWT.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama.

“Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya.

“Sehinggalah Allah hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan. Alhamdulillah, kami bakal menimang cahaya mata. Akhirnya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian sama, isteri kepada pelawak itu turut meluahkan meluahkan rasa syukur selepas penantian panjang mereka untuk memiliki zuriat akhirnya membuahkan hasil.

“Hadiah terindah daripada Allah, yang tidak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih Ya Allah, kerana tidak pernah mensia-siakan doa hamba-Mu.

“Terima kasih kepada Dr. Haris Hamzah, Alhaya Fertility dan semua yang banyak memberi semangat kepada kami. Syukur Ya Allah,” ujarnya.

Menerusi hantaran tersebut, Achey turut dilihat gagal menahan air mata usai isterinya disahkan hamil oleh doktor.

Momen bermakna itu turut menyaksikan ahli kumpulan Bocey tersebut menunaikan sujud syukur apabila penantiannya untuk menimang cahaya mata kini menjadi kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini