Selepas 15 calon hilang deposit, parti Kancil layak 'tutup kedai' - NGO

Selepas 15 calon hilang deposit, parti Kancil layak ‘tutup kedai’ – NGO

RAFIZI Ramli (baris depan, tengah) bersama calon Bersama pada majlis pengumuman calon Bersama bagi PRN Melaka di Batu Berendam, MelakA. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dijadikan batu pengukur untuk parti Kancil bermuhasabah dan mengambil tindakan yang betul iaitu dengan membubarkan parti tersebut agar tidak membazirkan dana dan memanipulasi tenaga kerja.

Wakil Sekretariat Bangkit Nasional (BANGKIT), Khairul Azam Abdul Hamid berkata, parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu wajar mengambil iktibar bahawa rakyat dari pelbagai kaum menolak politik kebencian, mengadu-domba dan fitnah yang diamalkan parti tersebut sejak PRN Johor.

“Dengan keputusan PRN Melaka yang menyaksikan 15 daripada 16 calonnya hilang deposit maka seharusnya Rafizi dan pimpinan yang lain memahami dengan jelas mesej daripada pengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Janganlah membuang atau membazirkan wang dan tenaga ahli-ahli untuk mengejar cita-cita untuk membalas dendam kerana ia akan berakhir dengan perjuangan yang sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada sesiapa jua,” katanya hari ini.

KHAIRUL AZAM

Sebelum ini, PRN Melaka menyaksikan seramai 15 calon Parti Bersama kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi minimum.

Turut mengalami nasib sama ialah lima calon Parti Bersatu dan seorang calon Pakatan Harapan (PH), menjadikan keseluruhan 21 calon kehilangan wang deposit dalam PRN tersebut.

Calon Bersama yang hilang deposit bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam.

Mengulas lanjut, Khairul Azam berkata, rakyat semakin bijak untuk menilai perjuangan sesebuah parti politik dan tidak terpedaya dengan kegiatan yang tidak bermoral. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini