Kempen Bersama mendapat sambutan menjelang PRN Melaka

Kempen Bersama mendapat sambutan menjelang PRN Melaka

RAFIZI Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen parti Bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat susulan majlis makan malam kutipan dana bersama masyarakat Cina yang diadakan baru-baru ini.

Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli berkata sambutan yang diterima itu turut memberi semangat kepada parti untuk terus lantang menyuarakan pandangan tanpa berpihak kepada mana-mana kepentingan politik walaupun cita rasa pengundi ketika ini sukar dijangka.

“Sukar untuk membaca cita rasa pengundi sekarang terutamanya pengundi Cina. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, sambutan yang diberikan pada hari Jumaat lalu memberi semangat kepada Bersama untuk terus menjadi suara rakyat yang tidak berpihak mengikut kepentingan politik,” katanya menerusi hantaran di Threads hari ini.

Menurut Rafizi, sambutan itu jelas dilihat pada majlis makan malam kutipan dana yang dianjurkan oleh 16 calon muda Bersama di Melaka di mana kesemua 80 meja berjaya dijual dengan kehadiran anggaran 800 orang tetamu meskipun penganjur hanya mempunyai tempoh tiga minggu untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, beliau turut memberi penghargaan kepada bekas ADUN Klebang iaitu Datuk Gue Teck yang menjadi penggerak utama membimbing calon-calon berkenaan sehingga majlis itu berjaya dianjurkan dengan jayanya.

Jelasnya, aktiviti seperti Kenduri Bersama yang dijalankan secara konsisten setiap minggu turut mendapat sambutan baik daripada rakyat biasa yang ikhlas mahu menyumbang demi membina Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

“Hikmah bermula semula dari bawah ialah kita ditemukan dengan rakyat Malaysia yang betul-betul percaya kepada keikhlasan tanpa balasan untuk membina Malaysia yang lebih baik untuk anak cucu kita,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×