Saya bukan ‘Superman’- Rosmadi

Saya bukan ‘Superman’- Rosmadi

DATUK Seri Rosmadi Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon tunggal Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Rosmadi Ismail mengharapkan kerjasama semua pihak untuk memulihkan semula badan induk itu.

Sambil mengakui terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), Rosmadi yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cukup berterima kasih atas kepercayaan walaupun sedar Kelantan memiliki ramai tokoh yang meminati bola sepak.

“Pertama sekali, dengan sokongan yang diberikan oleh PBJ mungkin akan memudahkan kerja untuk kita sama-sama mengembalikan KAFA di tempat sepatutnya. Dalam masa sama, saya juga pastinya memerlukan sedikit masa untuk meneliti kelemahan dan jalan penyelesaian terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara penting yang saya mahu tegaskan adalah ini bukan kerja perseorangan, sebaliknya saya tetap memerlukan bantuan daripada semua orang kerana saya bukannya Superman. KAFA perlukan semua orang untuk bergerak ke arah lebih baik,” katanya.

Selepas tarikh akhir penyerahan Borang Pencalonan, 5 November lalu dan proses tapisan, tiga jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga kerusia Naib Presiden tidak akan berlaku pertandingan, bakal dimuktamadkan secara rasmi pada Kongres Luar Biasa yang dijadualkan berlangsung 26 November ini.

Selain Rosmadi yang menjadi calon tunggal untuk jawatan Presiden, bekas pengurus Kelantan, Azman Ibrahim juga menjadi satu-satunya calon untuk jawatan Timbalan Presiden malah kerusi Naib Presiden juga tidak akan berlaku pertandingan, membabitkan tiga calon tunggal iaitu Amin Zubair Muhamad, Khabir Sufi Burhanuddin serta Mohd Shukry Pauzi 

Untuk rekod, menerusi kenyataan rasmi FAM, 24 Disember 2024 lalu memaklumkan KAFA telah digantung keahliannya sebagai Ahli Gabungan FAM berkuat kuasa serta-merta selepas Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM memutuskan bahawa Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA Bagi Sesi 2024-2028 adalah tidak sah.

Untuk pemilihan kali ini, lapan ahli layak mengundi iaitu Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Bachok dan Persatuan Bola Sepak India Kelantan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini