Pelabuhan New Orleans saman pemilik kapal tangki terlibat insiden di Sungai Mississippi

Pelabuhan New Orleans saman pemilik kapal tangki terlibat insiden di Sungai Mississippi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Pihak pengurusan Pelabuhan New Orleans memfailkan saman terhadap pemilik dan pengendali sebuah kapal tangki yang merempuh sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di sini pada Jumaat lalu.

​Menurut dokumen mahkamah, pihak pelabuhan mendakwa kapal tangki terbabit bertanggungjawab sepenuhnya atas perlanggaran tersebut yang memaksa lebih 100 penumpang diselamatkan dari Sungai Mississippi selain mengakibatkan kerosakan bernilai lebih AS$1 juta (RM4.08 juta).

​Insiden cemas itu menyebabkan seramai 32 penumpang kapal persiaran berkenaan dikejarkan ke hospital akibat kecederaan tidak kritikal, manakala kesemua mangsa yang lain berjaya diselamatkan, sekali gus disifatkan pihak berkuasa sebagai ‘keajaiban di Sungai Mississippi’.

Memuatkan artikel berkaitan…

​Walaupun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, Kapten Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Melanie Burnham memaklumkan siasatan awal mengesyaki berlaku kegagalan pada sistem kemudi kapal tangki berkenaan sebelum rempuhan terjadi.

​Dalam kejadian pada petang Jumaat itu, kapal persiaran beroda kayuh, American Heritage dilaporkan senget dan separuh tenggelam ke dalam Sungai Mississippi selepas dilanggar oleh kapal kargo Atlantic Asphalt.

​Dokumen mahkamah berkenaan turut mendedahkan struktur terminal pelabuhan mengalami kerosakan teruk akibat impak perlanggaran tersebut.

​Saman sivil yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Daerah Timur Louisiana pada Jumaat itu menamakan kapal tangki M/V Atlantic Asphalt, pemiliknya Nave Shipping SA serta syarikat pengurusannya, Thome Ship Management Pte Ltd, sebagai defendan.

​Pihak pelabuhan menuntut pampasan kewangan bagi menampung kos kerja-kerja pembersihan, pemeriksaan keselamatan, pembaikan infrastruktur serta perbelanjaan lain yang berkaitan.

​Menerusi tuntutan saman itu juga, pihak pelabuhan memohon perintah mahkamah agar kapal tangki berkenaan disita dan dijual bagi melunaskan ganti rugi kerosakan yang ditanggung.

​Plaintif mendakwa perlanggaran terbabit berlaku berpunca daripada kecuaian melampau serta kegagalan kru kapal dan syarikat pengendali menggunakan segala langkah pencegahan yang ada untuk mengelakkan risiko kemalangan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini