200 pemain pelancongan Taman Negara Kuala Tahan bimbang musim tengkujuh - Utusan Malaysia

200 pemain pelancongan Taman Negara Kuala Tahan bimbang musim tengkujuh

Keadaan di pintu masuk Pusat Peranginan Taman Negara air Sungai Tembeling masih paras normal dan ramai pelancong singgah di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. - HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 200 orang pemandu pelancong dan bot penambang Taman Negara Kuala Tahan dan perkampungan pesisir Sungai Tembeling di Ulu Tembeling daerah ini berharap banjir besar tidak berlaku ketika Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Menurut mereka, sektor pelancongan akan tergendala jika banjir besar melanda seperti yang pernah berlaku ketika kejadian ‘bah merah’ pada 2014 lalu.

Kata mereka lagi, pendapatan masing-masing akan terjejas berikutan kekurangan pengunjung termasuk sebahagian aktiviti rekreasi melibatkan air terhenti berasaskan peraturan keselamatan yang dikeluarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengusaha Pelancongan MFA Amaze Travel Kuala Tahan, Sabri Abdullah, 58, berkata, sehingga ini purata kira-kira 600 orang pelancong luar tidak termasuk tempatan menerusi pakej yang diatur oleh pengusaha Lembah Ke­lang dan Jerantut datang setiap hari ke kawasan tersebut.

“Walaupun senario MTL mula terasa melihat keadaan cuaca tidak menentu tetapi masih ramai pelancong luar singgah di Taman Negara antara dua hingga tiga hari untuk berekreasi di sini termasuk pelawat domestik pada hujung minggu.

“Kesan MTL turut dirasai oleh pengusaha pelancongan di perkampungan Melayu pesisir Sungai Tembeling, iaitu Kampung Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat,

Kampung Bantal dan Kampung Gusai yang memungkinkan pendapatan mereka terjejas sekiranya berlaku banjir besar,” katanya kepada MingguanMalaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini