Tahniah Barisan Nasional - PM

Tahniah Barisan Nasional – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada BN walaupun parti itu menjadi seteru kepada Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikannya dalam mendapatkan mandat di Melaka.

Beliau juga berharap, BN yang diberikan mandat oleh rakyat Melaka supaya dapat menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab demokrasi, serta jentera dan semua calon Pakatan Harapan yang telah bekerja keras.

“Kini masanya untuk kita melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat, dan Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Pada PRN Melaka ke-16 yang berakhir hari ini, BN memperoleh kemenangan bergaya apabila menang di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala sekutunya Perikatan Nasional (PN) menang di tiga kerusi termasuk menumbangkan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang tewas di DUN Bukit Katil.

Sementara itu, PH terpaksa akur dengan hanya empat kerusi DUN di DUN Kesidang, Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Bandar Hilir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini