Kepelbagaian bukan pemisah, sebaliknya kekuatan negara

Kepelbagaian bukan pemisah, sebaliknya kekuatan negara

UiTM Holdings
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia bukan penghalang kepada perpaduan sebaliknya menjadi kekuatan dalam membina sebuah negara bangsa yang harmoni.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kekuatan sesebuah negara tidak diukur berdasarkan keseragaman rakyatnya, tetapi keupayaan mereka membina kepercayaan, berkongsi aspirasi serta mempertahankan kepentingan bersama.

Beliau berkata, rakyat Malaysia meskipun mempunyai latar belakang berbeza namun berkongsi tanah air, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta aspirasi untuk membangunkan negara secara bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keunikan Malaysia terletak pada keupayaan rakyatnya bersatu dalam kepelbagaian.

“Kita mungkin berbeza agama, bahasa, budaya dan tradisi, namun berkongsi tanah air, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta aspirasi untuk membina negara secara bersama,” katanya ketika berucap dalam Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 di Little India Brickfields, di sini hari ini.

Sambutan bertemakan ‘Cahaya Deepavali, Semarak Perpaduan’ itu dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia.

Aaron berkata, amalan rumah terbuka, kunjung-mengunjungi dan semangat kejiranan membuktikan kepelbagaian mampu menjadi jambatan persaudaraan, bukannya garis pemisah dalam masyarakat.

Katanya, budaya kebersamaan itu perlu terus dipupuk sepanjang tahun dan tidak hanya diamalkan ketika musim perayaan.

“Perpaduan mesti diterjemahkan melalui interaksi harian, keprihatinan sosial dan semangat saling membantu.

“Justeru, kita perlu membudayakan prinsip Faham, Hormat, Terima dan Meraikan Kepelbagaian sebagai asas membina masyarakat yang progresif dan harmoni,” katanya.

Katanya, tema sambutan tahun ini mencerminkan harapan agar sinar keharmonian terus menyatukan rakyat Malaysia dalam kepelbagaian.

“Seluruh rakyat menjadikan cahaya Deepavali sebagai inspirasi untuk terus menyemarakkan perpaduan, memperkukuh solidariti dan memperteguh semangat kebersamaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini