Avril Lavigne timang cahaya mata perempuan - Utusan Malaysia

Avril Lavigne timang cahaya mata perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi antarabangsa, Avril Lavigne mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya, seorang bayi perempuan, menerusi perkongsian di media sosial.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi berusia 42 tahun berkenaan menerusi Instagram pada Jumaat, sekali gus mengejutkan peminat yang tidak mengetahui dirinya sedang hamil.

Menerusi perkongsian berkenaan, penyanyi lagu Complicated itu turut memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya mendakap bayi perempuan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Avril menyertakan kapsyen ringkas, “Our Mini Princess has arrived” sebagai tanda menyambut kehadiran puteri kecilnya.

Selain itu, perkongsian berkenaan turut memaparkan gambar tangan bayi tersebut dipegang oleh pasangan berkenaan, selain tiga pasang kasut Vans yang disusun mengikut saiz.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kanada itu tidak mendedahkan nama anaknya mahupun identiti lelaki yang dipercayai merupakan bapa kepada bayi berkenaan.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat yang rata-rata teruja dengan berita berkenaan, lebih-lebih lagi apabila Avril sebelum ini jarang berkongsi perkembangan kehidupan peribadinya.

Untuk rekod, Avril pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley pada 2006 sebelum berpisah pada 2010.

Dia kemudian berkahwin dengan vokalis Nickelback, Chad Kroeger pada 2013, namun perkahwinan mereka berakhir pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini