UMNO duduk semeja dalam Kabinet, keluar hentam kerajaan - Anwar - Utusan Malaysia

UMNO duduk semeja dalam Kabinet, keluar hentam kerajaan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO dilihat tidak konsisten apabila bersama-sama membincangkan dasar kerajaan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, tetapi sebaliknya mengkritik kerajaan apabila di luar mesyuarat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tersebut mengundang kekeliruan dalam kalangan rakyat memandangkan UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan.

“UMNO ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri duduk semeja dan bincang sama-sama dengan kita. Bila keluar, pandai pula hentam kerajaan, walaupun mereka juga kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pening kita tengok mereka peningkan rakyat,” katanya dalam laman sosial Facebook, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mempersoal tindakan pihak yang pernah memerintah negara selama puluhan tahun tetapi masih menggunakan retorik memperjuangkan dan menyelamatkan orang Melayu.

Katanya, persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa usaha sedemikian tidak dilaksanakan ketika mereka mempunyai kuasa mentadbir negara.

“Ada yang sudah berpuluh tahun jadi kerajaan, tapi hari ini masih melaungkan retorik selamatkan Melayu.

“Soalnya mengapa tak selamatkan Melayu masa kamu perintah dahulu? Masa kamu perintah, institusi orang Melayu kamu gadaikan untuk mengkayakan diri dan keluarga.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, beliau menyeru rakyat negeri itu memilih calon tanpa mengira kaum, sebaliknya berdasarkan nilai integriti dan amanah.

“Pesanan saya buat orang Melaka: angkatlah orang Melayu, Cina dan India yang baik, bersih dan amanah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini