Mayat ketujuh mangsa kejadian kepala air ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat ketujuh mangsa kejadian kepala air ditemukan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat lelaki warga India ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, petang ini. 

Penemuan itu menjadikan tujuh daripada lapan mangsa tragedi berkenaan ditemukan manakala seorang lagi masih hilang. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail, berkata mayat ketujuh ditemukan pada pukul 3.40 petang di kawasan pencarian Sektor C. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Rasa pada pukul 4.45 petang. 

“Mangsa dikenal pasti sebagai lelaki dewasa warga India, namun usianya belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis pada pukul 4.59 petang sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh. 

Katanya, operasi SAR diteruskan di Sektor C dan D bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang. 

Sektor C merangkumi kawasan pencarian dari Jambatan Pertak hingga Empangan Sungai Selangor, manakala Sektor D membabitkan kawasan empangan berkenaan.

 Isnin lalu, lapan lelaki terdiri daripada seorang rakyat Malaysia dan tujuh warga asing dihanyutkan arus deras susulan kejadian kepala air di Sungai Luit.

Lima mangsa ditemukan pada Selasa lalu manakala mayat keenam, seorang lelaki warga Yaman, ditemukan berhampiran Empangan Sungai Selangor pada pukul 10.15 pagi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini