BN yakin rakyat terjemah sokongan di peti undi - Utusan Malaysia

BN yakin rakyat terjemah sokongan di peti undi

AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) yakin rakyat Melaka akan menterjemahkan penilaian terhadap rekod pentadbiran kerajaan negeri di atas kertas undi pada hari pengundian, esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada penerimaan rakyat terhadap pelbagai dasar serta usaha pembangunan dan pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke Melaka.

Menurut beliau, meskipun tempoh kempen selama dua minggu bukan sesuatu yang mudah, BN tidak pernah memandang mudah persaingan daripada parti lawan yang turut berusaha mendapatkan keyakinan pengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya melihat bahawa kempen dua minggu ini tidak mudah dan tidak sepayah dahulu, tetapi kita tidak mengambil ringan peranan yang dimainkan oleh pihak yang bersama-sama untuk mendapat keyakinan rakyat.

“Saya yakin rakyat telah bersedia untuk memberikan penilaian pada kertas undi yang akan diterjemahkan esok.

“Saya serahkan kepada rakyat, pilih yang terbaik. Tetapi bagi saya, pen merah, pen biru, pilih biru, i love you,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi KOA Denko Malaysia di Ayer Keroh di sini hari ini.

Ab Rauf menasihatkan pengundi supaya keluar awal ke pusat mengundi serta memastikan kad pengenalan dibawa bersama.

Beliau berkata, nasihat itu juga selaras dengan ramalan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) bahawa Melaka dijangka mengalami cuaca mendung pada sebelah pagi sebelum ribut petir melanda ketiga-tiga daerah pada sebelah petang.

“Pengundi jangan lupa esok, yang pertama bawa kad pengenalan. Keluar awal sebab dijangkakan cuaca sebelah petang akan hujan,” katanya.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan pertandingan 78 calon di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada PRN 2021, BN memenangi 21 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini