Ramai kerjaya anak seni ‘mati’ disebabkan orang terdekat - A. Aida - Utusan Malaysia

Ramai kerjaya anak seni ‘mati’ disebabkan orang terdekat – A. Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit, Datuk A. Aida tampil menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak mudah melatah apabila diuji dengan sebarang pengkhianatan meskipun perkara itu mampu menjadi punca tertutupnya ‘periuk nasi’ seseorang.

Menurut A.Aida, setiap kejahatan tidak seharusnya dibalas dengan setimpal, sebaiknya menyerahkan segalanya kepada yang Maha Berkuasa.

“Biarlah orang hendak kata apa dan buat jahat dengan kita, malah ada yang sanggup menghalang rezeki kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Kita tidak perlu membalas dengan kejahatan yang sama. Cukuplah Allah yang menjadi tempat untuk kita mengadu dan berserah.

”Kita teruskan hidup, terus mencari rezeki yang halal. Apa yang mereka lakukan, biarlah Allah yang membalasnya,” katanya di Threads.

Penerbit filem Bisikan Nafsu itu bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci perkongsian tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, perkongsian penerbit itu tampil menuai perhatian ramai apabila dia meluahkan kebanyakan kerjaya seorang penggiat seni boleh terjejas dek kerana sikap individu terdekat.

“Sejarah telah membuktikan ramai kerjaya anak seni ‘mati’ disebabkan perangai orang terdekat,” tulisnya.

Kenyataan tersebut turut dipersetujui oleh pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim yang menyifatkan perkara itu berlaku dalam kalangan mereka yang bersifat talam dua muka.

“Ya. Selalunya yang diberi amanah  dan kepercayaan. Mulut puaka disebalik, menipu, membunuh karakter artis dan sebagainya. Sedih, tapi awak betul,” katanya di ruangan komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini