Gaji minimum polis bantuan tertakluk kepada syarikat - Utusan Malaysia

Gaji minimum polis bantuan tertakluk kepada syarikat

NIK Ros Azhan Nik Ab Hamid melawat reruai sempena Majlis Penutup Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia Kali Ke-37 di Iskandar Puteri hari ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu bagi anggota polis bantuan sebanyak RM2,000 sebulan adalah tertakluk kepada dasar dan keputusan syarikat masing-masing.

Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, skim perkhidmatan polis bantuan berbeza daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, PDRM berharap perkara itu terus diberi perhatian oleh setiap agensi masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak PDRM akan memastikan kebajikan anggota penguatkuasaan, bagaimanapun ia bergantung kepada agensi masing-masing sekiranya pihak kerajaan mengarahkan agensi swasta selaraskan gaji minimum perlu dipatuhi.

“Pihak PDRM akan memastikan kebajikan anggota dan warga penguatkuasaan terpelihara,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Malaysian Auxiliary Police Association (MAPA) kali ke-37 menghimpunkan PDRM dan ketua-ketua agensi Polis Bantuan di sini hari ini.

Pada Oktober lalu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kenaikan itu bertujuan merapatkan jurang antara produktiviti dengan upah pekerja, selain menangani tekanan kos sara hidup susulan pendapatan rakyat yang tidak meningkat seiring kenaikan harga barangan.

Setakat ini, MAPA mempunyai 181 agensi ahli, manakala keseluruhan negara mencatatkan 293 agensi dengan kekuatan 27,550 pegawai dan anggota Polis Bantuan.

Nik Ros Azhan berkata polis bantuan berperanan membantu PDRM mencegah jenayah dan menjaga keselamatan di kawasan yang ditetapkan.

Katanya, PDRM melalui JPJKK akan terus memperkukuh urusan pelantikan, latihan dan penyeliaan.

“PDRM mengambil maklum cadangan yang dibangkitkan dalam persidangan ini. Setiap penambahbaikan akan diteliti berdasarkan undang-undang, dasar dan arahan semasa.

“Majikan pula hendaklah memastikan latihan, disiplin dan integriti anggota sentiasa dipelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini