Panjat pokok dokong musim tengkujuh, upah RM150 sehari

Panjat pokok dokong musim tengkujuh, upah RM150 sehari

Firdaus Asing (kanan) dan Suhaimi Asing mengisi buah dokong ke dalam bakul untuk dihantar kepada peraih di Kamoung Damak, Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Cabaran penduduk Orang Asli etnik Semaq Beri mengambil upah memanjat pokok yang licin ketika musim hujan untuk mengutip dan menjual buah dokong di Kampung Damak dekat sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Orang Asli, Suhaimi Asing, 45, berkata, dia dan dua orang adik-beradik dipanggil oleh pemilik kebun untuk memanjat pokok untuk memetik serta menurunkan buah dokong yang masih berbuah walaupun berdepan dengan musim tengkujuh penghujung tahun.

Katanya, walaupun hujan dan keadaan pokok yang licin, bayaran memungut buah dokong yang lumayan iaitu RM150 sehari menyebabkan mereka teruja melakukan kerja tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak awal bulan ini, pokok dokong masih berbuah lebat dan masak di kebanyakan dusun kawasan Damak perlu segera dipetik bagi mengelakkan buah tersebut terlampau matang, rosak dan busuk lebih lagi hujan lebat kerap turun pada penghujung tahun ini,” katanya di Kampung Damak dekat sini.

Menurut Suhaimi, pekerjaan memanjat pokok memetik dan menurunkan buah telah dilakukan sejak lima tahun lalu dengan upah harian sebanyak RM150 untuk berbelanja barang keperluan dapur menyara keluarganya yang tinggal di Kampung Orang Asli Paya Petai dekat sini.

“Antara dusun yang ditanam dokong dan berbuah sangat lebat musim ini, iaitu Kampung Damak, Kampung Baharu, Kampung Ulu Cheka, Kampung Perlok dan Kampung Batu Balai yang sememangnya pengeluar buah-buahan tempatan utama di daerah ini.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini