PETALING JAYA: Seorang pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM26,000.
Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Satu sumber berkata, rasuah diperoleh daripada seorang pemilik syarikat ‘runner’ sebagai balasan membantu dan mempercepatkan urusan pengeluaran lesen perniagaan serta tidak mengambil apa-apa tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat tersebut.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2019 hingga 2023.
“Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan tersebut
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN











