Hentikan spekulasi kemunculan Paknil di pentas GVF, tidak akan berlaku - Aznil Nawawi - Utusan Malaysia

Hentikan spekulasi kemunculan Paknil di pentas GVF, tidak akan berlaku – Aznil Nawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi mengesahkan tidak akan membuat sebarang kemunculan di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Aznil atau mesra disapa Paknil berkata, kehadirannya di pentas GVF tidak akan berlaku, sama ada sebagai pengacara mahupun dalam apa-apa kapasiti lain.

Bagaimanapun, katanya, beliau mengakui gembira melihat bekas peserta Akademi Fantasia (AF) bersaing dalam program berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Paknil sangat gembira tengok adik-adik AF Paknil bersaing dalam GVF. Secara Ikhlas Paknil turut gembira tengok siapa sahaja yang bakal jadi juara.

“Cuma, Paknil harap sudah boleh hentikan spekulasi kemunculan Paknil di pentas besar itu. Tidak akan berlaku. Tidak kira sebagai pengacara atau apa sekalipun,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, Aznil turut menyatakan sokongan kepada semua bekas peserta AF yang bersaing dalam GVF dan berharap mereka dapat memberikan persembahan terbaik.

“Semoga berjaya kepada semua bintang AF, Paknil sentiasa mendoakan kalian dari jauh,” katanya.

Untuk rekod, GV musim ini menghimpunkan juara serta alumni Akademi Fantasia (AF), sekali gus menemukan semula bekas peserta program realiti yang cukup sinonim dengan Aznil sepanjang penglibatannya sebagai pengacara program berkenaan.

Minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan tiada penyingkiran apabila kesemua peserta mara ke minggu seterusnya, manakala Stacy menduduki tangga pertama dengan meraih 66.80 peratus markah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini