Banyak konsert memang ada pemujaan syaitan, simbolisme dan okultisme - Ben Amir - Utusan Malaysia

Banyak konsert memang ada pemujaan syaitan, simbolisme dan okultisme – Ben Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ben Amir mendakwa kebanyakan konsert hiburan pada masa kini berpotensi memesongkan pemikiran masyarakat ekoran sarat dengan elemen ritual pemujaan, simbolisme dan okultisme.

Menurut Ben, perkara itu juga turut melibatkan dengan upacara pembukaan acara sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

“Sekarang ini orang patut tahu bahawa kebanyakan konsert memang ada pemujaan syaitan, simbolisme dan okultisme.
“Upacara pembukaan Olimpik dan Piala Dunia pun sama. Sesatkan mereka, itu rancangannya,” katanya menerusi satu hantaran dalam Threads.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam masa sama, pelakon drama Khianat Yang Terpilih itu turut meluahkan rasa musykil apabila ramai golongan wanita yang memberi sokongan terhadap konsert hiburan sedemikian.

“Kenapa ramai perempuan yang sokong konsert ini? Awak tahu ke bagaimana dunia ini berfungsi? Siapa yang mengawal pemuzik-pemuzik ini? Kenapa pilih pakai topeng dan baju merah?” soalnya.

Bagaimanapun, Ben menyarankan orang ramai menonton beberapa naskhah yang mampu dapat membuka minda orang ramai mengenai agenda tersembunyi di sebalik dunia hiburan antarabangsa.

“Saya cadangkan awak tengok siri The Arrivals di YouTube. Tengok filem terakhir Stanley Kubrick, Eyes Wide Shut. Didiklah diri sendiri,” tegasnya.

Sejak kebelakangan ini, konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd hangar menjadi bualan dalam kalangan warganet selepas timbul dakwaan acara berkenaan mengundang pelbagai tafsiran.

Dakwaan tersebut tumbul selepas wujud pertikaian mengenai kemunculan patung robot wanita gergasi hasil rekaan artis Jepun, Hajime Sorayama, selain penari yang mengenakan jubah merah bertudung hud.

Penggunaan kedua-dua elemen tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan bahawa persembahan berkenaan mempunyai kaitan dengan unsur ritual atau pemujaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini