Cuaca baik, tidak sangka kepala air berlaku - Mangsa - Utusan Malaysia

Cuaca baik, tidak sangka kepala air berlaku – Mangsa

PASUKAN mencari dan menyelamat meneruskan operasi bagi mengesan tiga mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: “Ketika kejadian, cuaca baik dan tiada hujan. Malah, langsung tiada tanda-tanda kepala air akan berlaku.”

Itu menurut Muhammad, 19, pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, di sini, semalam.

Menurutnya, dia tiba di sungai berkenaan bersama lima rakannya sebelum tiga daripada mereka pergi ke kawasan tebing sungai untuk mandi-manda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, keadaan ketika itu kelihatan tenang sebelum arus deras tiba-tiba melanda dan menghanyutkan rakan-rakannya.

“Ketika itu, tiada hujan dan langsung tiada tanda-tanda kepala air akan berlaku.

“Tiba-tiba arus deras datang dan menghanyutkan mereka. Dua daripada rakan kami berjaya menyelamatkan diri namun seorang lagi masih hilang dan belum diketahui statusnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Tambahnya, dia sudah berada di Malaysia sejak setahun lalu dan merupakan penuntut di sebuah universiti swasta di ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini