Badal haji kutip ratusan nama antara tanda tipu

Badal haji kutip ratusan nama antara tanda tipu

MD. Daud Che Ngah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tawaran per­khidmatan badal haji yang diiklankan secara keterlaluan selain mengumpulkan sehingga ratusan nama dalam satu musim haji merupakan antara petanda amalan penipuan yang perlu diwaspadai masyarakat.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, orang ramai perlu berhati-hati dengan pihak yang giat mengiklankan perkhidmatan badal haji, terutama mereka yang tidak diketahui latar belakang dan individu yang bertanggungjawab melaksanakan ibadah berkenaan di Tanah Suci.

Katanya, pelaksanaan badal haji membabitkan seorang individu bagi satu pelaksanaan haji, bukannya seorang pelaksana mengambil upah untuk melaksanakan haji bagi ramai individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau satu kumpulan itu mengiklankan bahawa mereka melaksanakan badal haji, pada pendapat saya ia sudah menjadi perniagaan. Badal haji ini satu bentuk ibadah, bukan institusi perniagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Tabung Haji mene­rima beberapa aduan berhubung tawaran perkhidmatan badal haji oleh pihak tertentu yang didakwa menggunakan nama institusi itu termasuk menerusi hantaran tular di media sosial.

Menurut Daud, antara perkara yang mencurigakan ialah apabila pengendali mengumpulkan sehingga 200 tempahan sedangkan jumlah individu yang benar-benar melaksanakan ibadah itu jauh lebih kecil.

Katanya, beliau pernah meneliti kegiatan beberapa kumpulan yang menerima tempahan dalam jumlah besar sebelum menyerahkan tugasan itu kepada bilangan pelaksana yang terhad.

“Sedangkan satu orang ha­nya boleh melaksanakan satu haji bagi satu musim, bukan mengambil upah untuk melaksanakan haji bagi ramai orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini