Identiti mangsa kepala air dikenal pasti

Identiti mangsa kepala air dikenal pasti

PASUKAN mencari dan menyelamat meneruskan operasi bagi mengesan tiga mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Identiti kesemua lapan mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak semalam telah dikenal pasti.

Kesemua mangsa terdiri daripada seorang lelaki tempatan, warga India (empat),  Nepal (dua) dan seorang warga Yemen.

Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) giat mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Terdahulu, lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak di sini sudah ditemukan setakat ini.

Empat lagi mangsa ditemukan kira-kira pukul 9.45 pagi  selepas seorang lelaki tempatan ditemukan lebih awal kira-kira pukul 1.30 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini