Lockdown di Rumah Putih akibat insiden di Lafayette Park

Lockdown di Rumah Putih akibat insiden di Lafayette Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Rumah Putih dikenakan sekatan keselamatan sementara selepas dua insiden keselamatan berasingan berlaku berhampiran Lafayette Park, di utara kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian pertama, sebuah kereta terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum merempuh papan tanda maklumat, manakala dalam kejadian kedua, seorang individu melompat melepasi penghadang keselamatan berhampiran sudut barat laut taman berkenaan.

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan memasuki laluan pejalan kaki di utara Lafayette Park, yang terletak betul-betul di utara Rumah Putih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemandu kenderaan itu dilihat bergelut dengan anggota Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota Pengawal Kebangsaan.

“Pemandu itu bertindak agresif terhadap anggota penguat kuasa undang-undang, namun berjaya ditahan dengan pantas.

“Pada masa hampir sama, seorang lagi individu melompat melepasi penghadang berhampiran sudut barat laut Lafayette Park. Individu itu juga berjaya ditahan dengan segera,” menurut kenyataan perkhidmatan itu yang dipetik NBC Washington.

Identiti kedua-dua individu terbabit serta motif tindakan mereka masih belum diketahui.

Rumah Putih dikenakan sekatan keselamatan selama kira-kira setengah jam sebelum operasi kembali seperti biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini