Penangguhan tahanan rumah Najib bercanggah Perlembagaan

Penangguhan tahanan rumah Najib bercanggah Perlembagaan

LAPORAN Utusan Malaysia pada 7 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perintah pe­nangguhan hukuman tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Najib, Farhan Muhammad Shafee berkata, pe­laksanaan perintah tahanan rumah anak guamnya kekal sah dan boleh dikuatkuasa walaupun Jabatan Peguam Negara memutuskan pelaksanaan perintah berkenaan wajar ditangguhkan sementara.

Katanya, bagaimanapun pi­hak pembelaan kini sedang menilai tindakan sete­rusnya termasuk mencabar di mahkamah dan butiran lanjut mengenainya belum dapat didedahkan buat masa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjelaskan kekeliruan berhubung Dokumen Perintah Pelepasan atau Order of Discharge dalam kes penyelewengan SRC International merujuk kepada saman berjumlah RM50 juta yang te­lah pun dibayar oleh Najib.

“Pembayaran denda ber­ke­naan perlu diikuti de­ngan pengeluaran perintah mahkamah bagi mengesahkan bayaran tersebut serta pelepasan daripada hukuman pemenjaraan ingkar bayar.

“Ini bagi membolehkan mahkamah mengesahkan kepada pihak Jabatan Penjara bahawa denda tersebut telah dibayar sepenuhnya selaras dengan syarat pengampunan bersyarat bagi tahanan di rumah.
“Discharge itu merujuk kepada pembayaran denda. Jadi, perkara itu tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada Jumaat lalu, Jabatan Peguam Negara menafikan penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib yang diputuskan Lembaga Pengampunan sebagai meng­ing­kari titah Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya langkah itu diam­bil bagi memastikan hak Najib terpelihara susulan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memerintahkan pembebasannya.

Susulan pendirian itu, Najib yang sudah melunaskan denda sebanyak RM50 juta sebagai syarat menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan di rumah masih kekal di Penjara Kajang sehingga setakat ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini