Deepavali bukan sekadar pesta cahaya - Utusan Malaysia

Deepavali bukan sekadar pesta cahaya

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Deepavali yang diraikan masyarakat beragama Hindu bukan sekadar pesta cahaya, sebaliknya membawa mesej kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan keburukan serta ilmu membebaskan manusia daripada kejahilan dan keangkuhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sambutan itu juga mengingatkan masyarakat mengenai kepentingan nilai saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan dalam sebuah negara yang berteraskan kepelbagaian budaya serta tradisi.

Katanya, nilai berkenaan perlu terus diperkukuh bagi memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini sentiasa terpelihara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadikan sambutan ini sebagai wadah mempereratkan perpaduan, merapatkan jurang antara kaum serta menyemai nilai ihsan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan,” katanya menerusi perutusan sempena sambutan Deepavali.

Anwar berkata, perayaan itu juga diharapkan dapat menyuntik semangat baharu kepada rakyat untuk membina pemikiran yang lebih terbuka, murni dan progresif.

Katanya, usaha berkenaan penting bagi mengangkat martabat rakyat, selain memperkukuh keharmonian negara dalam menghadapi pelbagai cabaran.

“Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. Semoga cahaya Deepavali terus menyinari kehidupan dengan kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini