1,318 mangsa pindah ke PPS di Selangor, Perak akibat banjir - Utusan Malaysia

1,318 mangsa pindah ke PPS di Selangor, Perak akibat banjir

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,318 mangsa melibatkan 351 keluarga dipindahkan ke 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor dan Perak susulan bencana banjir yang melanda di kedua-dua negeri setakat pukul 9.30 pagi ini.

Berdasarkan portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor mencatatkan jumlah mangsa dipindahkan tertinggi iaitu 1,206 orang melibatkan sembilan PPS di tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Klang dan Shah Alam.

Di Kuala Selangor, lima PPS diaktifkan bagi menempatkan 977 mangsa melibatkan 261 keluarga, sementara di Klang, hanya satu PPS dibuka untuk 76 mangsa manakala tiga PPS beroperasi di Shah Alam bagi membolehkan 153 mangsa berlindung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Perak pula, dua PPS kekal beroperasi di Hilir Perak bagi menempatkan 112 mangsa melibatkan 35 keluarga setakat ini.

Perak menjadi negeri terbaru dilaporkan dilanda banjir dengan pembukaan dua PPS, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini