Bayar denda Najib beri mesej salah mengenai rasuah 

Bayar denda Najib beri mesej salah mengenai rasuah 

UiTM Holdings
ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Tindakan UMNO melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi kes SRC International Sdn. Bhd. boleh memberikan mesej salah kepada masyarakat mengenai usaha membanteras rasuah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membayar denda RM50 juta bagi membolehkan Najib menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah.

Beliau berkata, walaupun UMNO mempunyai semangat persahabatan dengan bekas Perdana Menteri itu, namun tindakan itu memberikan mesej salah kepada rakyat berkaitan rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tak apalah kalau itu keputusan UMNO (untuk) membayar RM50 juta, padangan peribadi, saya tidak bersetuju sementara kita ada semangat persahabatan dengan Datuk Seri Najib (Razak).

“Tapi, itu tidak harus memberi gambaran kepada rakyat bahawa kegiatan rasuah yang mencecah bilion ringgit boleh dibiarkan begitu sahaja. 

“Apa kita hendak didik kepada anak-anak kita? Satu prinsip akhlak yang tegas menolah penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Kosas, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Najib selesai melunaskan denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah. Bayaran itu diselesaikan di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Perkara itu disahkan peguamnnya Farhan Muhammad Shafee.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan untuk membantu Najib mengumpul dana sebanyak RM50 juta itu adalah hak UMNO pada masa sama keputusan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan.

“Soal keputusan UMNO itu hak mereka dan proses undang-undang, kita hormat cara prosesnya, ataupun dari segi keputusan Yang di-Pertuan Agong, itu kita hormat di sisi Perlembagaan. Pendapat saya, saya sudah zahirkan,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini