Tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak diketahui hari ini

Tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak diketahui hari ini

MANDAT rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat bagi menentukan hala tuju negara pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tumpuan politik tanah air terarah ke Sarawak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun di sebuah hotel di sini itu akan disusuli sidang media.

Sidang media berkenaan diadakan bagi mengumumkan tarikh penting PRN Sarawak ke-13 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 23 Oktober, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-13.

Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

Mandat semasa DUN Sarawak yang mempunyai 82 kerusi itu sepatutnya berakhir pada Februari 2027.

Pada PRN ke-12 yang diadakan pada 18 Dis 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Abang Johari meraih mandat besar selepas menyapu 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat kerusi dan DAP memperoleh dua kerusi.

Lanskap politik negeri bagaimanapun menyaksikan perubahan selepas pembubaran PSB pada 2024, yang menyaksikan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu satu daripada komponen GPS.

Sementara itu, seorang lagi bekas ADUN PSB See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP.- BERNAMA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini