Azman mahu angkat martabat B40 di Paya Rumput

Azman mahu angkat martabat B40 di Paya Rumput

AZMAN Abidin menyantuni pengunjung dan warga peniaga di Pusat Perniagaan Taman Cheng Baru, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keperluan dan masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah (B40) menjadi antara perkara yang diberikan perhatian oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin.

Azman berkata, Paya Rumput merupakan kawasan separa bandar yang mempunyai ramai penduduk dalam kelompok B40 dan memerlukan perhatian terhadap keperluan keluarga serta masalah yang dihadapi.

Menurutnya, ziarah kasih menjadi antara pendekatan digunakan untuk mendekati penduduk, selain memahami sendiri keadaan serta keperluan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahu bahawa Paya Rumput ini kawasan separa bandar dan golongan B40 juga ramai di sini.

“Jadi, perhatian juga harus kita fikirkan apa keperluan keluarga, apa perlu kita lakukan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Azman yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, ziarah kasih bukan sesuatu yang baharu dilaksanakan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada rutin tugas beliau di seluruh negara.

Katanya, penyertaannya sebagai calon di Paya Rumput memberi peluang untuk mengenal pasti masalah penduduk dengan lebih dekat.

“Ziarah kasih memang rutin biasa saya selaku Setiausaha Politik Perdana Menteri, bukan saja di Melaka sebenarnya malah di seluruh negara. Tetapi kali ini saya bertanding sebagai calon Paya Rumput.

“Oleh itu, saya ingin melihat bahawa setiap ziarah kasih yang saya lakukan, saya nak lihat juga apa sebenarnya keperluan ataupun masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dan sebagainya,” katanya.

Azman berkata, setiap calon yang bertanding mempunyai kekuatan masing-masing manakala rekod perkhidmatan dan pe­ngalamannya boleh dinilai oleh pengundi.

“Saya melihat semua calon yang bertanding itu ada kekuatan masing-masing dan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk bekerja dan menyantuni seberapa ramai pengundi di DUN Paya Rumput ini agar dapat mengenali saya.

“Saya rasa track record, sekarang ini kita zaman media sosial, semua boleh melihat rekod saya, pengalaman yang saya ada.

“Sekiranya saya diberikan amanah, diberi kepercayaan, saya dapat cuba membantu dengan menggunakan pengalaman yang saya ada untuk DUN Paya Rumput,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini