Kualiti, harga hasil tangkapan ikan di Negeri Sembilan lebih baik

Kualiti, harga hasil tangkapan ikan di Negeri Sembilan lebih baik

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Mohd. Faizal Ramli, (tengah) dan  ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria bersama Kasim ketika Program Penyerahan Bantuan Insan kepada Nelayan Negeri Sembilan di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebanyak 563.612 tan metrik hasil tangkapan ikan didaratkan nelayan di Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, berbanding 653.373 tan metrik sepanjang tahun lalu.

 

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, jumlah tersebut hanya mampu memenuhi lapan peratus daripada keseluruhan keperluan bekalan ikan rakyat di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Bagaimanapun katanya, kualiti hasil tangkapan ikan di Negeri Sembilan menyumbang kepada nilai pasaran lebih tinggi berbanding kawasan lain.

 

“Kalau kita lihat, cara orang menangkap ikan di sini menggunakan bot kecil atau sampan sahaja, jadi kualiti ikan lebih baik.

 

“Apabila kualiti baik, secara tidak langsung ia menyebabkan harga lebih baik,” katanya selepas menghadiri Program Penyerahan Bantuan Insentif Sokongan dan Anjakan Nelayan (Insan)

kepada Nelayan Negeri Sembilan di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, kaedah penangkapan itu berbeza dengan penggunaan pukat tunda yang boleh menjejaskan sumber perikanan kerana peralatan berkenaan turut mengaut hidupan di dasar laut.

 

“Kalau kita bandingkan dengan perairan di Selangor, mereka menggunakan pukat tunda. Pukat tunda ini akan merosakkan sumber kerana ia mengambil semua hasil di dasar laut.

 

“Dengan peralatan menangkap ikan yang digunakan di sini, kita boleh memilih spesies tertentu untuk ditangkap,” katanya.

 

Sementara itu, seramai 32 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang dan Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson menerima bantuan peralatan menangkap ikan bernilai keseluruhan RM100,000.

 

Antara peralatan yang disalurkan ialah jaring ikan, jaring udang, bintoh ketam dan rawai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini