Azizulhasni terima SHAKAM tertinggi, kaut RM180,000

Azizulhasni terima SHAKAM tertinggi, kaut RM180,000

Taufiq menyampaikan insentif kepada Azizulhasni pada Majlis Penyampaian SHAKAM temasya Sukan Komanwel Glasgow, Sukan Asia dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026. - IHSAN TAUFIQ JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan sebanyak RM4.26 juta kepada atlet dan jurulatih pemenang pingat di Sukan Komanwel Glasgow, Sukan Asia dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya sebagai penghargaan atas kejayaan meraih pingat.

Menterinya, Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, jumlah itu membabitkan insentif kepada atlet dan jurulatih yang mencipta kejayaan dalam ketiga-tiga temasya berkenaan.

“Daripada RM4.26 juta yang disalurkan malam ini, RM3.55 juta ialah insentif SHAKAM kepada atlet pemenang pingat, manakala RM710,000 ialah insentif Skim Galakan Jurulatih (SGAR) kepada jurulatih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah ini merangkumi RM1.09 juta bagi Sukan Komanwel Glasgow, RM1.87 juta bagi Sukan Asia dan RM1.30 juta bagi Sukan Para Asia Aichi-Nagoya.

“Insentif ini bukan semata-mata ganjaran wang. Ia simbol penghargaan negara terhadap pengorbanan, disiplin dan kecemerlangan anda,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan yang dicapai atlet negara bukan penamat tetapi menjadi pemangkin untuk memburu kejayaan lebih besar pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 yang akan berlangsung di Malaysia.

“Namun, kejayaan ini bukan noktah. Matlamat paling hampir ialah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027, apabila Malaysia menjadi tuan rumah.

“Kita mahu menganjurkan temasya terbaik dan kita mahu atlet negara beraksi cemerlang di hadapan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Taufiq berkata, kerajaan turut menyediakan sebanyak RM240 juta untuk persiapan Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN 2027 menerusi Belanjawan 2027.

“RM240 juta disediakan bagi persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 manakala sebanyak RM460 juta diperuntukkan untuk pembangunan
sukan negara, termasuk program prestasi tinggi, Road to Gold serta pembangunan atlet para dan atlet pekak,” katanya.

Dalam senarai penerima, Datuk Azizulhasni Awang muncul atlet yang menerima insentif individu tertinggi sebanyak RM180,000 hasil kejayaan meraih dua emas dan satu gangsa dalam dua temasya utama tahun ini.

Latif pula menerima RM160,000 selepas memenangi emas lompat jauh T20 di Sukan Komanwel dan Sukan Para Asia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini