SPR digesa siasat salah guna premis kerajaan di Rim - Utusan Malaysia

SPR digesa siasat salah guna premis kerajaan di Rim

HEIKARL Edzha Zaini (kanan) bersama wakil calon PH kerusi DUN Rim, Mohd. Shahruzaman Ali selepas menyerahkan laporan di Ibu Pejabat SPR Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dakwaan sogokan dan salah guna premis serta kemudahan kerajaan negeri membabitkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Ketua Pengarah Kempen PH DUN Rim, Heikarl Edzha Zaini berkata, beberapa gambar telah diserahkan kepada SPR antaranya memaparkan calon BN berada di dalam premis kerajaan ketika kempen pilihan raya berlangsung.

“Kami turut mengemukakan bukti berkaitan pemberian sumbangan kepada penerima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia termasuk gambar kotak makanan yang dibawa keluar dari premis berkenaan serta sampul yang didakwa diberikan kepada penerima,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan laporan dan bukti di Ibu Pejabat SPR Melaka di sini hari ini.

Heikarl Edzha berkata, PH telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin semalam.

Katanya, PH tidak mempertikaikan hak rakyat untuk menerima bantuan Deepavali tetapi penglibatan calon BN dalam program berkenaan menimbulkan kemungkinan penggunaan jentera, premis dan kemudahan kerajaan bagi memberikan kelebihan ketika pilihan raya berlangsung.

“Bantuan kepada rakyat merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik,” katanya.

Beliau berkata, PH menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada perbuatan itu memenuhi unsur kesalahan berdasarkan siasatan dan bukti yang dikemukakan.

“Perkara ini tidak wajar dipandang ringan kerana boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan integriti proses pilihan raya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini