Tambah baik liputan dan kelajuan internet di Batu Kawan

Tambah baik liputan dan kelajuan internet di Batu Kawan

BATU Kawan sebagai wilayah yang pesat membangun wajar disokong infrastruktur yang jauh ke hadapan, lebih-lebih lagi dari aspek liputan internet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMAN Perindustrian Batu Kawan (Batu Kawan Industrial Park-BKIP) merupakan antara hab perindustrian berteknologi tinggi dan elektronik yang paling pesat membangun di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. 

Kawasan perindustrian yang berkeluasan lebih daripada 1,150 ekar ini menjadi pemangkin ekonomi utama bagi negeri Pulau Pinang sejak pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) pada tahun 2014.

BKIP terletak hanya 5 minit dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, memberikan akses logistik pantas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Kompleks Kargo Udara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembangunan di kawasan ini agak terancang dengan rangkaian sistem jalanraya yang baik lagi tersusun.  Ia dikelilingi oleh pembangunan komersial dan gaya hidup moden seperti Design Village Outlet Mall, ASPEN, IKEA serta Hospital Columbia Asia yang baru beroperasi. 

Kawasan industri ini menempatkan lebih 160 syarikat tempatan terkemuka dan korporat multinasional (MNC) rentas sektor berteknologi tinggi. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan begitu banyak kondominium serta kawasan perumahan moden.

Malangnya, kawasan ini tidak dilengkapi dengan rangkaian telekomunikasi berkelajuan tinggi, malah liputan dan kelajuan internetnya amat lemah untuk kebanyakan Telco. 

Memburukkan lagi keadaan, kadangkala liputan telefon juga lemah dan panggilan sering terputus kerana di luar liputan; contohnya di hospital Columbia Asia.  Kelemahan ini tidak sepatutnya berlaku dan harus dibaiki segera. 

Pembangunan Batu Kawan sebagai wilayah yang amat pesat membangun di wilayah utara wajar disokong oleh infrastruktur yang jauh ke hadapan, lebih-lebih lagi dari aspek liputan internet.  

Melengkapkan kawasan ini dengan infrastruktur setaraf negara maju, Batu Kawan amat berpotensi menjadi ibu negeri Pulau Pinang di masa hadapan. –UTUSAN

ZAINAL ABIDIN MANSOR

Batu Kawan, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini