Operasi risikan Israel di negara jiran berpotensi ancam Malaysia – PM

Operasi risikan Israel di negara jiran berpotensi ancam Malaysia – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi badan risikan luar negara termasuk Israel di negara jiran serta perkampungan Israel di Phuket dan selatan Thailand dilihat oleh badan risikan Malaysia sebagai potensi ancaman kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu turut diambil kira dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi pelbagai bentuk ancaman dalam dan luar negara.

Menurut beliau, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam meneliti implikasi serangan hibrid, digital dan siber serta perkembangan antarabangsa terhadap negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat itu turut meneliti persoalan sama ada ancaman serangan terhadap beberapa negara khususnya Iran akan melibatkan penggunaan nuklear serta kesan perkembangan politik Eropah terhadap sistem pentadbiran yang boleh memberi kesan kepada Malaysia.

“Yang penting dalam perjumpaan semalam adalah membincangkan mekanisme yang sedia ada, penyelarasan lebih rapi antara kementerian dan agensi dan pasukan keselamatan serta memastikan negara bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, Ketua Setiausaha Negara akan mempengerusikan mesyuarat dengan semua jabatan berkaitan petang ini, manakala Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan sidang khas bersama semua institusi kewangan dalam negara.

Katanya, kerajaan turut menekankan usaha memperkukuh perlindungan terhadap infrastruktur dan sektor strategik negara meliputi tenaga, pengangkutan, kewangan serta bekalan makanan.

“Selain itu, keupayaan agensi dan penggunaan teknologi turut diperkukuh bagi menghadapi ancaman termasuk serangan siber,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta semua menteri, kementerian dan agensi terus menjalankan tanggungjawab serta memastikan penyelarasan berkesan dan badan di bawah pengawasan masing-masing berada dalam keadaan siap siaga terutama pasukan keselamatan.

Katanya, beliau turut mendapat jaminan daripada Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara dalam pertemuan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini