PM minta rakyat kekal tenang tapi tetap waspada ancaman siber

PM minta rakyat kekal tenang tapi tetap waspada ancaman siber

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat kekal tenang, namun sentiasa berwaspada susulan kedudukan Malaysia yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber.

Perdana Menteri berkata, sebarang maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan membabitkan digital dan teknologi perlu dimaklumkan segera.

“Tenang tapi harus waspada. Jika ada apa-apa maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan dari segi digital dan teknologi, ini harus dimaklumkan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, saya fikir, jika kita panik, hal itu akan melemahkan kekuatan kita,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, sesetengah negara memilih untuk berdiam diri supaya tidak menimbulkan panik dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, terdapat juga kota termasuk di Asia yang penduduknya mula menyimpan stok barangan makanan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memilih untuk mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat supaya rakyat mengetahuinya tanpa menimbulkan panik.

“Sesetengah negara mengadakan beberapa pertemuan darurat sekarang tapi semalam, perbincangan kita tidak sampai ke situ, cuma dimaklumkan.

“Jika semalam keputusannya mendesak, saya akan panggil mesyuarat tergempar segera, tak tunggu Jumaat dan keadaan ini, kita pantau saban hari sekarang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini