Premis sembelih ayam disyaki beroperasi tanpa permit, bukan pemegang sijil halal

Premis sembelih ayam disyaki beroperasi tanpa permit, bukan pemegang sijil halal

ZULKIFLI Hasan membentangkan Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) ketika Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat. -PARLIMEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam segar tanpa permit dan kelulusan pihak berkuasa tempatan serta bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, rekod operasi dan jualan premis berkenaan tidak berada dalam rekod pemantauan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Menurut beliau, JAKIM memandang serius perkara itu kerana membabitkan pematuhan hukum syarak, kebersihan dan keyakinan masyarakat terhadap status halal bekalan ayam di pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Premis berkenaan disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam segar tanpa permit serta kelulusan pihak berkuasa tempatan dan bukan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Maka, segala rekod operasi dan jualan oleh premis ini tidak berada dalam rekod pemantauan pensijilan halal JAKIM dan juga Jabatan Agama Islam Negeri,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata, pensijilan halal Malaysia bersifat sukarela, justeru kawal selia semua premis penyembelihan memerlukan kerjasama pelbagai agensi mengikut bidang kuasa masing-masing.

Katanya, JAKIM bersama JAIN dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melaksanakan kawalan melalui pensijilan halal, pengauditan serta pemantauan terhadap premis penyembelihan yang memegang SPHM.

“Penilaian merangkumi sumber haiwan, kelayakan penyembelih, kaedah pelalian, proses penyembelihan, kebersihan, pengendalian produk dan sistem pengurusan halal.

“Memandangkan pensijilan halal Malaysia bersifat sukarela, kawal selia semua premis penyembelihan memerlukan kerjasama pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan agensi penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“JAKIM terus memperkukuh pemeriksaan bersepadu, perkongsian maklumat serta siasatan terhadap aduan bagi melindungi kepentingan pengguna dan integriti bekalan ayam halal.

“Bagi produk atau premis yang disyaki menggunakan logo atau pernyataan halal yang mengelirukan, JAKIM bekerjasama dengan KPDN serta agensi berkaitan untuk menjalankan semakan dan siasatan.

Tambah beliau, bagi keperluan menempatkan penyelia-penyelia halal di rumah sembelih, hal tersebut merupakan syarat keperluan bagi mana-mana rumah sembelihan yang ingin memohon SPHM.

“Dimaklumkan bahawa sudah ada beberapa kes yang kita telah mengambil tindakan, di antaranya adalah kes mengenakan kompaun RM40,000 kepada tiga syarikat kerana tidak mengikuti undang-undang yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini