Masih makan budu dan tempoyak - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Masih makan budu dan tempoyak – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Fazley Yaakob menegaskan menghormati agama dan tradisi masyarakat lain tidak mengubah pegangan peribadi individu tersebut.

Malah, Fazley ketika menetap di luar negara satu masa dulu, mengambil peluang meraikan perayaan masyarakat lain, selagi tidak bersangkutan soal agama dan kepercayaan.

“Saya dahulu membesar di Los Angeles, sertai jiran-jiran ketuk pintu mintak gula-gula sambil pakai baju batman, duduk atas paha pakcik kulit hitam sebab dia nak bagi hadiah krismas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan di sekolah pun main game cari telur coklat easter. Bila dah balik malaysia masih makan budu dan tempoyak,” katanya di Thread.

Justeru, beliau berada malu apabila ada artis yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengecam perayaan masyarakat lain.

“Bila ramai cakap artis dan selebriti tak berapa nak cerdik, memang ramai yang tak happy.

“Tapi, bila ada golongan kami yang ada nama tapi buat ‘posting’ macam duduk dalam negara yang ada dua manusia sahaja, saya pun malu baca,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini