Beri keutamaan kepada kandungan tempatan - Steven Sim

Beri keutamaan kepada kandungan tempatan – Steven Sim

STEVEN Sim Chee Keong (kanan) ketika sesi forum sempena Seminar Percukaian mengenai Belanjawan 2027 di George Town, Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kandungan tempatan atau ‘local content’ perlu diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

Menurut beliau, langkah itu secara tidak langsung akan membuka peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk turut sama menikmati manfaat daripada pelaburan serta pembangunan rantaian bekalan domestik.

“Aspek kandungan tempatan harus diambil kira ketika ini kerana kita mahu FDI (Pelaburan Langsung Asing) yang masuk turut memberi manfaat kepada mereka (PMKS),” katanya ketika sesi forum sempena Seminar Percukaian mengenai Belanjawan 2027 di sini, petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Sim berkata, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempunyai peranan penting dalam membangunkan industri tempatan serta membantu perniagaan berskala kecil untuk terus berkembang tanpa menjejaskan peluang mereka bersaing dalam pasaran.

Dalam hal ini katanya, kerajaan telah mengarahkan kedua-dua syarikat melabur sehingga RM25 bilion setiap tahun bagi membangunkan rantaian bekalan tempatan dengan sebahagian daripada dana tersebut perlu disalurkan kepada pelaburan domestik untuk membina industri tempatan.

“Saya melihat, usaha ini penting memandangkan PMKS merangkumi kira-kira 96 peratus daripada keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini