79,389 OKU mengundi masa PRN Johor, Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

79,389 OKU mengundi masa PRN Johor, Negeri Sembilan

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 79,389 orang kurang upaya (OKU) menunaikan tanggungjawab mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Daripada jumlah tu, seramai 56,655 bersamaan 2.08 peratus daripada 2.72 juta orang adalah melibatkan pemilih di PRN Johor manakala 22,734 atau 2.56 peratus daripada 889,490 pengundi di PRN Negeri Sembilan.

Kadar keluar mengundi secara keseluruhan bagi PRN Johor adalah 69.56 peratus manakala 72.64 peratus di PRN Negeri Sembilan berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, SPR sentiasa komited memastikan proses pilihan raya adalah inklusif dan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan OKU.

Katanya, antara usaha yang dilaksanakan adalah menetapkan saluran khas buat pengundi OKU dan warga emas di saluran satu yang terletak di aras bawah pusat mengundi.

“SPR juga membenarkan kaedah bantuan oleh individu yang dipercayai oleh pengundi untuk menanda kertas undi, modul khas dalam taklimat petugas pilihan raya serta kemudahan pengangkutan khas seperti buggy car dan kerusi roda di pusat mengundi,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai data penyertaan golongan OKU bagi dua PRN dan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan akses mereka kepada pilihan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini