Bomba Sukarela dan Komuniti digerak hadapi tengkujuh

Bomba Sukarela dan Komuniti digerak hadapi tengkujuh

MOHD. Razam Taja Rahim (depan) dalam sesi Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operssi Banjir semoena Kesiapsiagaan MTL 2026/2027 di Jeti Shahbandar, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan anggota Bomba Komuniti di Pahang digerakkan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi risiko banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Mohd. Razam Taja Rahim berkata, penglibatan kedua-dua pasukan itu penting bagi memperkukuh keupayaan operasi menyelamat khususnya ketika berdepan kejadian banjir yang memerlukan tindakan pantas di kawasan berisiko.

“Pahang mempunyai 29 PBS dengan keanggotaan seramai 632 orang yang aktif selain dibantu 3,096 anggota Bomba Komuniti di seluruh negeri bagi menyokong usaha keselamatan dan menyelamat penduduk ketika bencana,” katanya selesai melakukan Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir sempena Kesiapsiagaan MTL 2026/2027 di Jeti Shahbandar, di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Razam, pasu­kan Bomba Sukarela turut diminta menyertai pemeriksaan dan ujian aset serta peralatan banjir yang dijadual berlangsung serentak di seluruh negara pada 31 Oktober ini bagi memastikan semua kelengkapan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

“Langkah itu selaras dengan persiapan JBPM Pahang yang kini mempergiat kesiapsiagaan menghadapi MTL susulan pengalaman banjir besar di beberapa kawasan di Kuantan pada awal tahun ini serta keada­an hujan lebat yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

“Bagi daerah Kuantan, JBPM ada 235 keanggotaan dengan kelengkapan 18 bot, 15 kende­raan utiliti, 202 alat bantuan apungan peribadi (PFD), tujuh beg lontar tali dan 37 pelampung untuk melaksana operasi menyelamat serta pemindahan mangsa banjir,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini