70 tebatan penyelesaian banjir jangka pendek disiapkan

70 peratus tebatan banjir jangka pendek disiapkan

Tebatan banjir
IZHAM Hashim meninjau kawasan Taman Sri Kerayong yang sebelum ini dilanda banjir kilat akibat pembangunan projek komersial di Kapar, Klang, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 255 projek tebatan banjir kadar segera bernilai RM70 juta di seluruh negeri ini sudah disiapkan dan baki dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, projek tersebut melibatkan penyelesaian isu banjir kilat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan yang kerap berlaku sebelum ini.

Katanya, terdapat projek tambahan yang akan dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi menyelesaikan isu banjir kilat di kawasan Taman Rashna, i-City, Seksyen 7 dan Bandar Bukit Raja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu kekerapan banjir di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada ketiadaan pintu air ke Sungai Rasah lalu menyebabkan berlaku limpahan walaupun hujan lebat dalam tempoh setengah jam.

“Namun, sebagai langkah segera, kita akan melaksanakan langkah segera termasuk meletakkan pam bagi mengatasi masalah tersebut dengan peruntukan sekitar RM2 juta,” katanya ditemui ketika meninjau projek tebatan banjir sekitar daerah ini di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan persekutuan turut meluluskan projek tebatan banjir di kawasan tersebut dengan peruntukan sebanyak RM40 juta sebagai penyelesaian jangka panjang.

Terdahulu, beliau turut meninjau projek tebatan banjir di Taman Melawis dan Taman Mutiara, di sini masing-masing melibatkan peruntukan RM18 juta serta RM8 juta.

Izham memberitahu pembinaan projek tebatan itu dilihat menunjukkan keberkesanannya dengan tiada kes banjir dilaporkan di Shah Alam seperti Padang Jawa dan Meru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini