T7 Global raih kontrak perkhidmatan pemasangan, pentauliahan hingga 2029

T7 Global raih kontrak perkhidmatan pemasangan, pentauliahan hingga 2029

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: T7 Global Bhd. (T7 Global) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd. menerima kontrak daripada Searah (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi penyediaan perkhidmatan pemasangan dan pentauliahan (HUC) di Semenanjung Malaysia sehingga 26 September 2029.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, T7 Global berkata, kontrak bagi Pakej C1 itu berkuat kuasa mulai 21 Ogos 2026.

Katanya, surat penganugerahan kontrak berkenaan bertarikh 25 Ogos 2026, manakala kelulusan untuk mengumumkannya diterima daripada Searah pada 27 Oktober 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarikat menjangkakan kontrak itu menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 dan seterusnya sehingga tamat tempoh kontrak.

“Antara risiko yang boleh mempengaruhi pelaksanaan kontrak termasuk ketersediaan tenaga kerja mahir, peralatan serta keadaan kawal selia.

“Bagaimanapun, Tanjung Offshore akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko berkenaan, berikutan rekod prestasi dan kepakaran syarikat dalam melaksanakan kontrak,” katanya.

T7 Global berkata, kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama T7 Global.

Tambahnya, lembaga pengarah berpendapat kontrak berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini