Kemenangan Lula tamparan hebat buat AS-Israel - Utusan Malaysia

Kemenangan Lula tamparan hebat buat AS-Israel

LULA (kiri) dan Flavio Bolsonaro. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Kemenangan Luiz Inacio Lula da Silva dalam pilihan raya presiden Brazil dijangka memberi dimensi baharu kepada hubungan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, susulan pendirian lantang beliau mengkritik tindakan Israel di Gaza serta perselisihan politiknya dengan Presiden AS, Donald Trump.

Lula, 80, menewaskan pencabarnya, Flavio Bolsonaro, 51, anak kepada bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, selepas memperoleh 51.77 peratus berbanding 48.23 peratus undi, dengan 99.9 peratus undi dikira dalam pusingan kedua pilihan raya pada Ahad.

Dalam pusingan pertama pilihan raya awal bulan ini, Lula  mendapat 45 peratus undi berbanding 47 peratus diperoleh Bolsonaro, 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu membolehkan Lula kembali menerajui Brazil untuk penggal keempat, sekali gus mengekalkan kepimpinan berhaluan kiri tengah di negara dengan ekonomi terbesar di Amerika Latin itu.

Lula sebelum ini lantang mengkritik tindakan Israel di Gaza dan menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai. Pendirian itu mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Israel.

Hubungan Lula dengan Trump juga tegang berikutan perbezaan pendirian kedua-dua pemimpin mengenai beberapa isu politik dan dasar antarabangsa.

Sebaliknya, Flavio yang mewakili kem politik konservatif berikrar memindahkan kedutaan Brazil di Israel ke Baitulmuqaddis, selain berjanji memberikan pengampunan kepada bapanya yang sedang menjalani hukuman penjara.

Keputusan pilihan raya itu sekali gus mengekalkan perbezaan hala tuju dasar luar Brazil, khususnya dalam isu Asia Barat dan hubungan dengan Washington.

Brazil menggunakan sistem pengundian elektronik, dengan pengiraan undi berlangsung selepas pusat pengundian ditutup. Waktu mengundi di beberapa kawasan turut dilanjutkan susulan gangguan pengangkutan awam di Sao Paulo.

Keputusan itu turut mengejutkan kem Bolsonaro kerana Flavio mendahului pusingan pertama dengan memperoleh 47 peratus undi, berbanding 45 peratus bagi Lula.

Sebelum ini, belum pernah calon yang menduduki tempat kedua dalam pusingan pertama memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Brazil, sehingga Lula mencipta sejarah menerusi kemenangan pada 2022.

Kemenangan Lula turut menggagalkan harapan gerakan politik berhaluan kanan di Amerika Latin yang menjangkakan gelombang konservatif di rantau itu akan turut melanda Brazil, susulan kemenangan parti berhaluan kanan di beberapa negara termasuk Chile, Peru dan Colombia.

Lula pernah memegang jawatan presiden dari 2003 hingga 2010 sebelum kembali memenangi pilihan raya pada 2022. Beliau dibebaskan dari penjara pada 2019 selepas menjalani hukuman lebih 500 hari, manakala sabitan kesalahan rasuah terhadapnya dibatalkan pada 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini